Antarabangsa

Pelampau Denmark-Sweden Didakwa Atas Tindakan Bakar Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PRAGUE, 10 Ogos 2024 – Pelampau sayap kanan Denmark-Sweden telah didakwa dengan dakwaan hasutan terhadap kumpulan etnik dan penghinaan kerana mencemarkan kitab suci al-Quran, menurut laporan berita Turki yang memetik kepada sumber lain.

Menurut laporan tersebut, Pihak Berkuasa Pendakwaan Sweden tidak mengenal pasti suspek berkenaan tetapi laporan media mengatakan ia adalah Rasmus Paludan.

Pihak berkuasa pendakwaan pada Rabu mengatakan bahawa pertuduhan itu adalah berdasarkan komen kebencian tertuduh terhadap orang Islam, Arab dan Afrika dan pertuduhan itu berkaitan dengan peristiwa di Malmo pada April dan September 2022.

“Penilaian saya ialah terdapat alasan yang mencukupi untuk membawa pertuduhan dan kini mahkamah daerah akan mempertimbangkan kes itu,” kata pendakwa kanan, Adrien Combier-Hogg, yang bertanggungjawab bagi siasatan awal.

Tarikh untuk perbicaraan tidak diumumkan tetapi ia dijangka berlangsung dua hari, kata laporan berkenaan.

Terdahulu, Paludan mencetuskan kemarahan dan kecaman di seluruh dunia Islam selepas dia membakar naskhah al-Quran di hadapan Kedutaan Turki di Stockholm pada Januari 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: