Tempatan

SPRM Bukan Alat Politik – Azam Baki

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA SELANGOR, 23 Februari 2023 – Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki menyangkal dakwaan bahawa agensinya itu telah menjadi alat kepada Kerajaan ketika ini.

BACA JUGA: RUU Mansuh Hukuman Mati Mandatori Dibentang Mac-Ramkarpal Singh

“Jika anda lihat rekod prestasi kami dari 2016 hingga sekarang, kami sangat konsisten,” katanya selepas sebuah majlis semalam.

BACA JUGA: Pelajar Universiti Ditangkap Cuba Seludup Ganja 1kg Guna Penghantar

Beliau yang turut memetik kepada isu 1MDB dan skandal air Sabah berkata, agensinya itu telah mula memfokuskan kepada kes yang melibatkan dana awam yang besar pada tahun 2016 dan tiada sebab untuk pihak lain melabelkan SPRM sebagai alat.

BACA JUGA: Bencana Banjir, Malaysia Rugi RM622.4 Juta

“Jadi, tidak ada sebab untuk sesiapa melabel kami sebagai alat, tidak kira parti mana dalam Kerajaan, SPRM konsisten,” ujarnya bagi menjawab kepada pertanyaan berhubung kritikan yang dilemparkan kepada agensinya itu.

Selasa lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti berkenaan telah menjadi mangsa “pendakwaan terpilih” selepas bekas ketua penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa atas pertuduhan rasuah.

Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelmarin turut memberitahu Mahkamah Tinggi sewaktu perbicaraan rasuahnya bahawa seorang pegawai SPRM memberitahunya agensi antirasuah itu “digunakan” setiap kali terdapat perubahan dalam Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: