Tempatan

Pelaksanaan Sekolah Model Khas K9, Tangani Keciciran Pelajar Orang Asli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 28 Ogos 2022 – Pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) dilihat mampu menangani masalah keciciran murid-murid Orang Asli.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pelaksanaan K9 ini adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan masalah keciciran murid Orang Asli yang dilaksanakan oleh Kerajaan yang sentiasa menitikberatkan pendidikan masyarakat Orang Asli.

Justeru, menerusi model K9, Orang Asli perlu menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah sama bagi mengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga dengan asrama harian disediakan bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.

“Pada saya kita tidak perlu membina asrama baharu untuk pelaksanaan K9. Pada peringkat permulaan, kita boleh menggunakan bilik darjah atau bangunan sedia ada dan menyediakan guru dan peralatan yang lengkap, “ kata Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Kerajaan mempertimbang menghantar guru-guru ke perkampungan Orang Asli dalam usaha mengatasi masalah keciciran murid sekolah rendah dalam kalangan masyarakat itu.

Hantar guru ke perkampungan Orang Asli atasi keciciran pelajar 

Beliau berkata, usaha menghantar guru untuk mengajar di perkampungan Orang Asli itu sedang dikaji pihak berkaitan termasuk oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pendidikan sebelum dilaksanakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: