Antarabangsa

Trump Ulangi Amaran Perang Dunia Ketiga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 25 September 2022 – Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu lalu sekali lagi telah memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya Perang Dunia Ketiga yang disebabkan oleh konflik yang berlaku di Ukraine.

Trump berkata demikian setelah Presiden Rusia, Vladimir Putin mengeluarkan kenyataan bahawa Moscow akan melakukan apa sahaja untuk melindungi Rusia dalam menghadapi ancaman yang menggugat wilayahnya.

Menerusi platform media sosial beliau, Trump menyatakan pendapat peribadi beliau mengenai konflik di Ukraine yang mana disifatkannya sebagai “tidak sepatutnya berlaku.”

Menurutnya lagi, jika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden AS, tidak akan terjadi sebarang permusuhan di antara Moscow dan Kiev.

Pada Jun lalu, Trump telah mengkritik tindakan Presiden AS, Joe Biden yang telah menghantar puluhan bilion dolar bagi tujuan bantuan ketenteraan kepada Ukraine. Tindakan Biden tersebut telah disifatkan oleh Trump sebagai “mencurah minyak ke dalam api”.

Menurut Trump, “Apa yang berlaku di antara Ukraine dan Rusia in telah meletakkan kita di dalam bahaya besar. Cara mereka menguruskan isu ini dapat menyebabkan kamu terlibat dalam perang dunia. Apa yang mereka lakukan ini adalah kerja gila.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: