Antarabangsa

Pelajar Sekolah Trauma Guru Sekolah Tayang Kartun Tunjuk Muka Nabi Muhammad

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CANBERRA, 14 November 2022 – Seorang pelajar Muslim di sebuah sekolah menengah di Melbourne mengalami ‘trauma psikologi dan mental’ selepas seorang gurunya menayangkan kartun mengenai Nabi Muhammad S.A.W., lapor sebuah portal antarabangsa.

“Dia terpaksa menonton bahan kartun eksplisit dan menghujat mengenai Nabi Muhammad,” kata ayah kepada pelajar Muslim berkenaan.

Difahamkan bahawa kartun itu, yang tidak terdapat dalam kurikulum rasmi sekolah kerajaan Victoria, adalah muka depan majalah satira Perancis Charlie Hebdo.

Sebelum ini, 12 karikatur Nabi Muhammad telah dikeluarkan Jylland Posten dalam majalah berkenaaan termasuk sebuah lakaran Westergaard yang menunjukkan Nabi Muhammad memakai bom sebagai serban.

Menurut Majlis Islam Victoria (ICV), guru itu memberi amaran pada permulaan kelas bahawa kandungan yang berpotensi ‘berkonfrontasi’ akan ditunjukkan dan menasihatkan pelajar bebas untuk keluar jika mereka mahu.

“Pelajar Muslim berkenaan memang menimbulkan bantahan terhadap bahan yang dibentangkan tetapi guru itu tetap meneruskan tayangan,” kata ICV dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian ini, jurucakap Jabatan Pendidikan dan Latihan (DET) menyatakan bahawa jabatan itu sedang menyiasat perkara ini.

“Setelah semakan selesai dan jabatan telah berunding dengan kumpulan masyarakat, keputusan akan dibuat sama ada sebarang nasihat tambahan perlu diberikan kepada sekolah berkaitan isu sensitif yang sama,” tambah jurucakap DET.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: