PRU-15

Najib Razak Sudah Hilang Kelayakan Jadi Calon – Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2022 – Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah hilang kelayakan untuk menjadi calon, menurut Pakar Perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Beliau menambah, penyertaan Najib Razak sebagai calon mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) disekat oleh Perkara 48(5).

“Perkara 48(5) memperuntukkan sekatan seorang yang dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau dihukum denda tidak kurang daripada RM2,000 untuk dinamakan sebagai calon, dipilih atau dilantik sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara melainkan dia sudah mendapat pengampunan bebas.”

Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi juga menjelaskan bahawa rayuan pengampunan yang sedang dibuat oleh Najib Razak hanya membolehkan beliau menghabiskan tempoh penggal Parlimen lalu sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Malangnya, pengampunan tersebut tidak lagi terpakai susulan tempoh penggal Parlimen telah tamat dengan pembubaran Parlimen kelmarin.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly memaklumkan Najib Razak antara lima calon dari UMNO Bahagian Pekan yang dikemukakan untuk kerusi Parlimen tersebut.

Beliau turut memberitahu bahawa sesiapa yang dipilih bertanding di Parlimen itu nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas beliau mendapat pengampunan.

Semalam, samudera.my melaporkan berkenaan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad yang memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak tidak dibenarkan keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selagi masih menjalani hukuman penjara.

“Keadaan dan peraturan masih sama… jadi selagi beliau masih menjalani hukuman dalam penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: