Antarabangsa

Pelajar Muslim Dihidangkan Sosej Babi Di Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ENGLAND, 13 Julai 2022 – Seorang ibu yang beragama Islam berang selepas mengetahui anak-anaknya diberi makan sosej daging babi pada waktu makan tengah hari sekolah.

Menurut laporan akhbar berita tempatan BirminghamLive, kejadian itu berlaku di Sekolah Rendah Hollyfield di Sutton Coldfield.

Mussrat Bibi, 41 tahun berkata, beliau sangat kecewa dengan pihak sekolah atas kejadian itu dan memutuskan untuk mengeluarkan anak-anaknya dari sekolah tersebut.

“Cikgu harus tahu bahawa pelajar Islam tidak boleh makan makanan haram.”

Bukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan bahawa salah seorang anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas memakan sosej daging babi itu dan menegaskan anak-anaknya tidak pernah sakit atau menghadapi masalah dengan makanan yang dimasaknya di rumah.

Oleh itu, beliau menggesa pihak sekolah agar menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar; jika perlu, mereka mesti menulisnya dalam sistem jika mereka tidak menawarkan makanan halal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: