Tempatan

Pelajar IPT Sumbang Lebih 7 Peratus Kes HIV

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2024 – Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyumbang kira-kira 6.7 hingga 7.6 peratus kes jangkitan HIV daripada jumlah keseluruhan kes yang dikenal pasti.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, sejak 2022 hingga Jun lalu, sebanyak 77 program advokasi, kesedaran atau pencegahan penyakit HIV dilaksanakan melibatkan 22,905 mahasiswa di Universiti Awam (UA).

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan mahasiswa, termasuk isu-isu melibatkan masalah kesihatan dan jangkitan penyakit.”

“Atas dasar keprihatinan ini dan mengambil kira faktor julat usia mahasiswa tergolong dalam kategori kumpulan berisiko, KPT menerusi UA cenderung merancang dan melaksanakan pelbagai program memupuk budaya hidup sihat serta khusus memfokuskan kepada program berbentuk advokasi, kesedaran mahupun pencegahan berkaitan penyakit HIV,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat bagi menjawab persoalan ditimbulkan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang mahu dinyatakan secara terperinci pelajar IPTA atau IPTS yang menghidap penyakit HIV dari tahun 2020 hingga sekarang.

Berdasarkan notifikasi jangkitan kes yang dilaporkan ke Kementerian Kesihatan (KKM), bilangan pelajar IPTA atau IPTS yang berumur antara 18 hingga 25 tahun yang dijangkiti HIV adalah seramai 214 orang pada tahun 2020, diikuti seramai 186 orang pada tahun 2021, 221 orang pada tahun 2022 dan 244 orang pada tahun 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: