Pelajar Hindu Mengaku Tuduhan Dipaksa Sekolah Pakai Hijab Adalah Palsu
MADHYA PRADESH, 04 Jun 2023 – Pegawai yang dilantik bagi menyiasat dakwaan kononnya sebuah sekolah di Madhya Pradesh, India, memaksa pelajar-pelajar wanita yang bukan Islam untuk bertudung dan berpurdah mendedahkan bahawa dakwaan itu dinafikan pelajar-pelajar berkenaan.
“Kami bertemu pelajar sekolah dan mereka menafikan mereka dipaksa oleh pentadbiran sekolah untuk memakai tudung. Mereka berkata mereka pernah memakai tudung seperti tudung untuk menutup diri dan keluarga mereka tidak membantahnya. Bagaimana kita boleh mengambil tindakan tanpa pengadu?” kata RL Bagri, pegawai yang dilantik dalam kes itu.
BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Akan Bermula 15 Jun Ini
BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian
BACA JUGA: HSP 3.0: Majikan Diseru Galakkan Pekerja Buat Saringan Kesihatan Percuma Di Hospital Kerajaan
Perkara ini mendapat perhatian media selepas Menteri Dalam Negeri Madhya Pradesh, Narottam Mishra, pada Rabu mengarahkan satu siasatan terperinci dibuat oleh polis terhadap sebuah poster ucapan tahniah dari sebuah sekolah swasta yang mencetuskan kontroversi di media sosial.
Menurut laporan media negara itu, kontroversi tercetus selepas 18 pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Tinggi Ganga Jamna yang dipaparkan dalam poster tersebut semuanya memakai tudung tanpa mengira agama.
“Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Hak Kanak-kanak Kebangsaan (NCPCR), Priyank Kanoongo adalah antara mereka yang mengetengahkan kes itu di Twitter pada hari Selasa, mendakwa bahawa pihaknya telah menerima aduan bahawa sebuah sekolah di daerah Damoh telah memaksa pelajar perempuan Hindu dan bukan Islam untuk memakai burka dan tudung.”
Tambah portal, campur tangan menteri itu juga dibuat selepas keluarga empat gadis Hindu yang dipaparkan dalam poster itu enggan memfailkan aduan apabila pentadbiran daerah Damoh mula-mula menghubungi mereka semasa siasatan awal dijalankan.
Walau bagaimanapun, siasatan yang dijalankan oleh pegawai pendidikan daerah dan pegawai yang dilantik mendapati bahawa tiada sebarang aduan dibuat oleh pentadbiran daerah dalam isu ini.