Tempatan

Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 27 Julai 2023 – “Pihak siasatan telah merakamkan percakapan tiga orang saksi untuk membantu dalam siasatan kes ini,” kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Bin Hassan berkenaan kes buli yang melibatkan pelajar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Gunung Rapat, Ipoh, Perak sehingga mangsa cedera tisu lembut.

Jelasnya, kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

BACA JUGA: Amaran PM Kepada Pelaku Jenayah Boleh Dilihat Sebagai Campur Tangan, Cabul Kedaulatan Undang-Undang – Peguam Kanan

BACA JUGA: Kumpul Data: Facebook Didenda RM56 Juta Oleh Mahkamah Australia

BACA JUGA: Pekerja Gig Layak Terima Gaji Minimum & Manfaat Lain – Penganalisa

Terdahulu, pada 24 Julai 2023, PDRM Daerah Ipoh telah menerima satu laporan polis daripada seorang ibu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Di Gunung Rapat, Ipoh, Perak yang menyatakan bahawa anak lelaki beliau yang berumur 15 tahun telah dibuli oleh seorang pelajar berumur 17 tahun di asrama sekolah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah, dalam kejadian ini, mangsa yang juga atlet sepak takraw telah ditendang dan dipijak pelajar Tingkatan Lima sekolah sama.

“Mangsa dalam kes ini merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 yang berasal dari Kuala Lumpur dan mengalami kecederaan tisu lembut (soft tissue injury) akibat dipukul oleh pembuli. Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak,” kata ACP Yahaya Bin Hassan dalam satu kenyataan.

“Pelajar yang membuli mangsa telah dikenal pasti dan masih bersekolah di Tingkatan 5, namun diarahkan oleh pihak sekolah supaya tidak menetap di asrama sekolah sementara menunggu siasatan dalaman pihak sekolah,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: