Tempatan

Pelabur Asing Tidak Lagi Berminat Dengan Malaysia Kerana Ketidakstabilan Politik

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2022 – “Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pelaburan asing.” Berikut merupakan kenyataan Dr Nungsari Ahmad Radhi, seorang pakar ekonomi yang juga merupakan bekas Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd.

Dalam ciapannya di laman Twitter, beliau menjelaskan institusi tadbir urus awam yang tidak diurus dengan baik menjadi antara punca utama pelabur tidak yakin untuk melabur di Malaysia.

“Institusi tadbir urus awam juga semakin lemah dan tidak meyakinkan pelabur,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sistem pendidikan dan latihan kemahiran tempatan tidak memenuhi kehendak pelabur-pelabur, sekaligus merudumkan kadar pelaburan asing.

“Sistem pendidikan dan pembangunan modal manusia yang tidak memenuhi keperluan kemahiran juga menjadi kekangan kepada pelaburan,” tegasnya.

Beliau turut menyuarakan kekesalannya terhadap dasar ekonomi negara yang disifatkan sebagai masih berada di takuk lama sehingga menjejaskan kebajikan rakyat.

“Hakikatnya, sebagai sebuah negara, kita gagal mengangkat perkembangan ekonomi dan kebajikan rakyat serta daya saing kita ke peringkat yang lebih tinggi selepas krisis 1997/98.”

“Mesti berubah daripada pendekatan yang diguna di masa lepas,” ulas beliau.

 

Leave a Reply

Back to top button