Tempatan

Polis Sahkan Tentera Tembak Kereta Berisi Ketum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PADANG TERAP, 23 Februari 2023 – Ketua Polis Daerah Padang Terap semalam mengesahkan menerima laporan polis daripada pihak tentera berkaitan kejadian anggota tentera melepaskan tembakan.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Mulkiaman Bin Manzar berkata, ia berlaku ketika aksi kejar mengejar antara pasukan tentera bermotosikal dengan sebuah pacuan empat roda yang membawa ketum.

BACA JUGA: Tular Kes Buang Al-Quran, Polis Buka Siasatan

BACA JUGA: Lelaki Tayang Gari & Pistol Ditahan

BACA JUGA: Menteri Pendidikan Mohon Jangan Sebarkan Identiti Pelajar Rosakkan Harta Sekolah

“Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 12.35 tengahari 22/2/2023. Sepasukan tentera sedang membuat rondaan bermotosikal di kawasan sempadan Malaysia/Thailand di bawah pentadbiran Balai Polis Kota Putra.”

“Pasukan tentera telah mengekori sebuah pacuan empat roda Hilux warna hitam no pendaftaran negara Thailand baru keluar dari kawasan hutan dan dipandu dalam keadaan mencurigakan.”

“Pasukan tentera telah mengarahkan kenderaan tersebut untuk berhenti tetapi pemandu terus memecut dan kejar mengejar telah berlaku. Kenderaan tersebut cuba menghimpit m/sikal tentera dan hampir melanggar kenderaan awam menyebabkan pegawai tentera yang membonceng m/sikal telah melepaskan beberapa das tembakan dan menyebabkan kenderaan tersebut telah terbabas ke bahu kanan jalan.”

Kata DSP Mulkiaman, pemeriksaan fizikal mendapati dua orang lelaki Melayu warga tempatan, manakala hasil pemeriksaan yang dibuat oleh tentera di dalam pacuan empat roda tersebut mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik hitam mengandungi daun disyaki daun ketum.

“Hasil dari anggaran berat belum dipastikan. Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan Dan Akta Racun 1952.”

Berikutan kejadian ini, beliau menyeru kepada masyarakat dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut kerana kes masih di dalam siasatan pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: