Tempatan

Pekerja Restoran Minta Pelanggan Minum Air Paip Tandas Bilas Muntah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2022 – Seorang pengguna laman sosial Facebook, Alex Hooi dalam satu hantarannya memberi amaran kepada orang ramai apabila datang ke sebuah kedai makan yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur kerana beliau mendakwa jika mereka didapati tidak sihat ketika makan, pekerja di kedai pizza tersebut mungkin akan mengenakan cas untuk servis perubatan.

Beliau yang menceritakan pengalaman di mana insidennya bermula selepas beliau tidak sengaja memuntahkan makan malamnya di tandas restoran tersebut. Apabila mula rasa tidak selesa, Alex Hooi keluar dari tandas tersebut dan meminta pekerja restoran berkenaan sama ada beliau boleh mendapatkan segelas air putih bagi melegakan tekaknya.

Alex dalam kenyataanya memaklumkan bahawa pelayan wanita di kedai makan itu tanpa berfikir menjawab, “Maaf tuan kami tiada air di sini. Kami hanya ada air botol (Sole L’italiania Still 1L berharga RM23.50/botol).”

“Saya katakan yang saya tidak perlukan banyak, sedikit saja untuk legakan tekak saya. Mereka tetap cuba untuk menjual air botol kepada saya dengan menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang sumber air lain selain daripada RM23.50 Sole L’italiania Still itu.”

Menurut laporan Says, Alex menafikan insiden muntah tersebut bukanlah kerana restoran yang dikunjunginya itu, kerana beliau meyakini standard kebersihan kedai terbabit.

Selepas Alex dan rakan-rakannya selesai membayar bil makan malam, beliau memberikan maklum balas kepada pengurus restoran tersebut, mencadangkan supaya kakitangan mereka tidak sepatutnya cuba menjual air botol apabila pelanggan berasa tidak sihat. Malah, bertanya tentang kebajikan pelanggan dengan menawarkan segelas air dan berharap agar hal itu berlaku bukan berpunca dari makanan mereka.

Malangnya, apabila beliau bertanya kepada pengurus restoran berkenaan jika mereka boleh menyediakan air masak dalam situasi seperti itu, pengurus tersebut dengan berani mengatakan;

“Encik, jika awak memerlukan air paip untuk melegakan tekak awak, kami ada air paip di dalam tandas.”

Alex yang tidak senang dan kecewa dengan layanan buruk kedai makan itu memberitahu bahawa tidak ada gunanya lagi bercakap dengan restoran tersebut dan mengambil keputusan meninggalkannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: