Antarabangsa

Pekerja BBC Belajar Iktiraf 150 Jenis Gender

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 29 JUN 2022 – Media Telegraph pada Sabtu lalu telah melaporkan bahawa stesen penyiaran terkenal Britain, BBC, telah membayar sejumlah wang kepada perunding “trans dan nonbinary” supaya mengajar kepada pekerja stesen penyiaran tersebut bahawa terdapat lebih dari 150 gender yang wujud pada masa kini.

Selain mengajarkan mengenai kewujudan lebih 150 gender itu, para pekerja BBC juga diarahkan supaya mereka memantau cara rakan sekerja mereka menggunakan kata ganti nama yang berbeza bagi merujuk kepada gender yang pelbagai tersebut.

Menurut laporan tersebut, BBC telah mengirimkan email kepada para penerbit radio serta para editor, mendesak mereka supaya menghadiri beberapa sesi latihan pada tahun lalu yang mana latihan-latihan tersebut telah dianjurkan oleh sebuah perkumpulan yang dikenali sebagai Global Butterflies.

Di dalam sesi latihan tersebut, para pekerja BBC telah diberitahu bahawa “manusia dapat menentukan lebih 150 gender bagi dipilih untuk diri mereka”. Dalam sesi-sesi latihan yang sama juga, mereka telah diajarkan beberapa kata ganti nama kedua yang baru diciptakan bagi merujuk kepada gender yang pelbagai itu.

Antara contoh bagi kata ganti nama kedua yang baru diciptakan itu adalah seperti “xe, xem, xyrs” dan sebagainya lagi. Seterusnya, para peserta ataupun pekerja BBC itu telah diarahkan supaya menyertakan sekali kata ganti nama peribadi di dalam tandatangan email mereka supaya dapat dilihat lebih “inklusif dan meraikan (LGBT)”.

Dalam latihan yang sama juga, para peserta diberitahu bahawa dengan meneruskan penggunaan kata ganti nama kedua yang tradisional seperti “he” atau “she” bagi merujuk kepada rakan sekerja yang pondan atau songsang, ianya dapat mengakibatkan “ketidakselesaan, stress dan kebimbangan.”

Mereka juga dianjurkan untuk menggunakan kata ganti nama ketiga yang baharu dengan alasan supaya ianya dapat “mengurangkan kadar depresi dan risiko bunuh diri”.

Leave a Reply

Back to top button