Pekeliling Maybank ‘Polisi Tidak Jelas PM’ Sahih – Portal
KUALA LUMPUR, 25 Julai 2023 – Pekeliling dikeluarkan oleh Maybank Investment Bank yang mengutuk polisi ‘tidak jelas’ Kerajaan baru-baru ini disahkan sahih, lapor sebuah portal tempatan.
Terdahulu, Ahli Parlimen PAS Bachok, Syahir Sulaiman berkongsi paparan skrin e-mel di Twitternya yang menunjukkan pekeliling Maybank mengkritik dasar kerajaan perpaduan.
BACA JUGA: Peguam Rayu Permohonan Murtad Wanita Dibenarkan
BACA JUGA: Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang
BACA JUGA: LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak
“Semakan oleh JomCheck, sebuah sekutu pemeriksa fakta Malaysia, mendapati imej yang dikongsi oleh Syahir itu adalah sahih.”
“Maybank Investment Bank sememangnya ada menghantar e-mel tersebut kepada pelanggannya pada 20 Julai,” lapor portal dwibahasa tersebut.
Dalam e-mail tersebut, Maybank menjemput pelanggan ke webinar, bertajuk: “2H2023 Market Outlook: Clearer Skies Ahead” yang akan diadakan pada 29 Julai.
Dalam ulasan e-mel tersebut, Maybank mendakwa sentimen positif daripada pembentukan kerajaan perpaduan tahun lepas tidak akan berterusan ke tahun baharu.
“2023 has definitely been a challenging year for investing so far. Positive political sentiment from the unity government formation last year did not continue into the new year.”
“PM Anwar’s yet unclear policies and uncertainties in the stability of power also led to market concerns.”
“Alongside fiscal policies that remain unclear, the FBM KLCI ended the H12023 as the second-worst performer in the region.”
Namun begitu, penyokong pakatan Kerajaan mendakwa imej e-mel itu telah diubahsuai dan bank pelaburan itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Kekeliruan mengenai kesahihan e-mel itu berpunca daripada fakta bahawa bank itu menghantar satu lagi jemputan ke webinar yang sama keesokan harinya, iaitu pada 21 Julai.
Akibatnya, ramai yang mengulas hantaran Syahir dengan hanya merujuk kepada e-mel yang bertarikh 21 Julai dan menuduh Ahli Parlimen PAS itu sebagai menyebarkan maklumat yang salah.