Tempatan

Pekebun Sewa Tanah Kepada Warga Asing Akan Didakwa – Wan Rosdy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 03 Ogos 2024 – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa pekebun yang menyewakan tanah kepada warga asing bakal berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah bagi membendung masalah yang timbul akibat pekebun yang tidak bertanggungjawab itu antaranya melaksanakan pemutihan tanah pertanian membabitkan 78 blok seluas 5,526.291 hektar tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan di Cameron Highlands.

Ia dilakukan menerusi program skim sewaan tanah pertanian Pahang Corporation Sdn Bhd (Pahang Corp), bagi menggantikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bermula 2020.

Katanya, menerusi program pemutihan tanah pertanian di Cameron Highlands itu, pematuhan syarat larangan memasuki kawasan rizab hutan simpan, sungai dan jalan dapat dikuatkuasakan.

“Sehingga 30 Jun lalu, status pelaksanaan pemutihan membabitkan seramai 1,661 penama (1,849 hektar) dikemas kini di dalam data maklumat pekebun,” jelasnya.

Katanya lagi, sebahagian tanah dengan keluasan 995 ekar telah diusahakan melebihi LPS asal dan 3,566 ekar lagi sedang diproses untuk kelulusan permohonan baharu yang daripada keseluruhan tanah tersebut, 6,915 ekar telah diukur untuk dikemaskini dalam data maklumat pekebun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: