Pekebun Durian Haram: Mahkamah Tinggi Kuantan Tolak Permohonan Royal Pahang Durian
KUANTAN, 05 Julai 2023 – Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd untuk membatalkan permohonan semakan kehakiman oleh kumpulan pekebun durian Musang King terhadap keputusan Kerajaan Negeri untuk mengusir mereka.
Kumpulan pekebun durian itu memfailkan semakan kehakiman terhadap arahan Kerajaan Negeri supaya mereka mengosongkan kebun di pelbagai kawasan seluas 2,167 hektar di Raub, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau.
BACA JUGA: 197 Kawasan Hotspot Bencana Alam Dikenal Pasti Di Perak
BACA JUGA: Makan Daging Dijangkiti, 1 Maut, Puluhan Disahkan Positif Antraks
BACA JUGA: Malaysia Desak Majlis Keselamatan PBB Tuntut Zionis Hentikan Jenayah Kejam
Lapor berita tempatan, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata, Hakim Zainal Azman Ab Aziz akan mendengar semakan kehakiman yang dimohon 204 pekebun durian Musang King dari Raub, Pahang itu.
Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn. Bhd. merupakan salah satu responden yang dinamakan dalam cabaran undang-undang tersebut.
Responden lain termasuk Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa Negeri, Kerajaan Negeri Pahang, dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).
Untuk makluman, kumpulan pekebun itu memfailkan cabaran undang-undang terhadap kerajaan Negeri Pahang dan responden lain pada tahun 2020.
Tambah portal, notis pengusiran yang dikeluarkan kepada kumpulan pekebun itu pada 21 Disember 2020 mengarahkan mereka mengosongkan tanah selewat-lewatnya pada 4 Januari 2021.
Kumpulan pekebun itu memfailkan semakan kehakiman terhadap arahan Kerajaan Negeri supaya mereka mengosongkan kebun di pelbagai kawasan seluas 2,167 hektar di Raub, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau.
Selain keputusan mengenai perintah mengosongkan tanah bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu keputusan berhubung tindakan Kerajaan Negeri yang didakwa memajakkan tanah kebun seluas 2,167 hektar itu kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP.
Mereka juga meminta semakan semula keputusan menyewakan tanah itu dan syarat mandatori menjual durian kepada entiti tunggal yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources.
Dalam penghakiman semalam, Mahkamah Tinggi Kuantan turut menganugerahkan kos RM20,000 kepada kumpulan pekebun yang memulakan cabaran undang-undang tersebut tiga tahun lepas.
Siew Choon Jern, peguam yang mewakili kumpulan pekebun itu berkata, mahkamah akan mendengar permohonan penzahiran oleh pekebun-pekebun terbabit pada 12 September ini.