Antarabangsa

Pejuang HAMAS Dikejar Ikan Lumba-Lumba Zionis

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 13 Januari 2021 – Jurucakap komando tentera laut Briged Al-Qassam dalam sebuah video mendedahkan satu insiden melibatkan komando Hamas dikejar oleh seekor ikan lumba-lumba dilengkapi dengan alat mampu membunuh dalam sebuah operasi yang dijalankan baru-baru ini.

“Ikan lumba-lumba pembunuh ‘ciptaan’ Zionis wujud” kata seorang Penganalisis Penyelidikan di Foundation for Defense of Democracies, Long War Journal.

“Bagi menyekat kedudukan Hamas di luar pantai Semenanjung Gaza, Pasukan Keselamatan Israel telah didakwa menggunakan ikan tersebut sebagai ‘sistem persenjataan’ mereka yang baharu.”

Dalam sebuah pertempuran pada Ogos 2015, Al-Quds mendakwa ikan lumba-lumba itu dilengkapi dengan alat kawalan jauh, kamera dan senjata yang boleh menembak peluru.

Menurut BBC, peranti penyerang akuatik itu telah ditukar menjadi ‘pembunuh’ oleh tentera Israel walaupun sifat dan fungsi sebenarnya tidak didedahkan.

Bukan sahaja menjadikan ikan lumba-lumba itu sebagai pembunuh, Israel turut mempergunakan ciptaan Allah SWT yang lain bagi tujuan ketenteraan mereka.

Pihak berkuasa Arab Saudi pada 2011 berjaya menangkap seekor burung kerana disyaki telah dipergunakan oleh Zionis dan dijadikan pengintip selepas dikesan membawa alat peranti pengesan.

Pada 2013, pihak berkuasa Turki pula berjaya menangkap seekor burung yang turut dijadikan pengintip oleh Israel.

Leave a Reply

Back to top button