Tempatan

Tuduh PASTI Rasis & Esktrem, Perbuatan Orang Bodoh – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2022 – “Bodoh apabila mengatakan pasti ini pusat ekstrimis dan rasis!!!”

“Malas CIJ nak komen kebaikan sebab banyak sangat. Jadi, sesiapa yang cuba kritik, hina, keji dan memfitnah PASTI, CIJ gelarkan sebagai BODOH. Noktah.”

Tegas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari yang menegur sikap sesetengah pihak dengan menuduh Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebagai pusat untuk golongan ekstrem dan rasis.

Menurut pandangan Cikgu Izzat, mungkin ada kelemahan pengurusan yang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Bayangkan, tanpa dana Kerajaan, tanpa biayaan mana-mana sumber dan hanya bergantung yuran dan sumbangan ibu bapa, PASTI boleh sahaja menyediakan pendidikan yang baik untuk anak-anak.

“Kalau KPM nak tahu apakah silibus dan corak pendidikan sebenar untuk pendidikan awal kanak-kanak, sila rujuk dengan PASTI yang diusahakan oleh PEMUDA PAS MALAYSIA.”

Namun, tetap ditegaskan bahawa beliau bukan ahli PAS tetapi perkara baik yang diusahakan parti tersebut mendapat sokongan beliau secara peribadi dan akan mempertahankannya bersama.

“Ingat, pendidikan tidak boleh dipolitikkan. Tetapi orang politik boleh merencana agenda pendidikan dengan baik, kalau mahu. Kalau fikir tender dan rasuah dalam dunia pendidikan, sila meninggal.”

Cikgu Izzat tampil dengan kenyataan tersebut di Facebooknya selepas tular mengenai tindakan wartawan The Vibes yang mengajukan soalan semasa sidang media Menteri Pendidikan dengan mengaitkan PASTI dan SRITI dengan isu ekstremis di sekolah.

Wartawan daripada portal yang dirujuk tersebut bertanyakan soalan yang mengaitkan SRITI dan PASTI di bawah sistem pendidikan PAS dengan isu ekstremisme. Beliau turut bertanyakan sama ada Kementerian Pendidikan mempunyai apa-apa perancangan untuk mengembalikan kedua-dua sistem ini ke dalam sistem pendidikan arus perdana.

Kenyataan ini mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk respons yang menyatakan bahawa persoalan yang cuba kaitkan PASTI dan SRITI itu dianggap naratif jahat dengan etika kewartawanan perlu diteliti semula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: