Tempatan

Pejabat Pos: Khidmat Pembaharuan Cukai Jalan & Lesen Memandu Isnin Ini

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 08 Ogos 2021 – Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai Isnin, 9 Ogos ini.

Namun perkhidmatan hanya secara janji temu sahaja bagi mengelakkan kesesakan.

“Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu,” kata Pos Malaysia.

Janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai 8 Ogos dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.

Sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi menerusi AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tertera di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button