Tempatan

Aktivis Mahu Pindaan Akta Pencemaran Lebih Berat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Kenaikan kadar denda sehingga RM10 juta kepada pencemar sumber air dalam Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) adalah wajar dan sangat relevan, tetapi hukuman penjara perlu ditingkatkan lagi, kata Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin.

“Dalam pindaan berkenaan yang menyatakan kadar denda daripada RM100,000 kepada RM10 juta, manakala hukuman penjara juga dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun.”

BACA JUGA: Ketua Kerajaan 6 Negeri Akan Bertemu Bincang Bubar DUN Minggu Depan – Ketua Menteri Pulau Pinang

BACA JUGA: SUHAKAM Zahir Harapan Tiada Lagi Kanak-Kanak Ditempatkan Di Depot Imigresen

BACA JUGA: Penswastaan Petronas Undang Pengambilalihan Syarikat

“Hukuman penjara 15 tahun berkenaan bagi saya perlu dipertingkatkan lagi sekurang-kurangnya 30 tahun perlu dikenakan kepada pencemar sumber air berkenaan.”

Tambahnya lagi hukuman tersebut hendaklah disusuli dengan usaha penguatkuasaan dan pemantauan yang ketat daripada agensi penguat kuasa.

“Mungkin cadangan seperti batalkan terus lesen operasi memang patut dilaksanakan. Kalau tingkatkan denda dan hukuman sahaja tanpa penguatkuasaan dan pemantauan yang mencukupi, ia tidak memadai.”

Jelasnya, perkara ini penting untuk membendung gejala rasuah yang sememangnya sudah berleluasa di negara ini.

“Mereka sanggup berhabis duit dan menyediakan kira-kira RM1 juta hingga RM2 juta untuk mengelakkan pihak mereka dikenakan tindakan,” katanya.

Oleh itu, beliau mencadangkan Kerajaan untuk menambahkan lagi jumlah kakitangan penguatkuasa selain membabitkan orang awam atau penduduk setempat bagi membantu pihak berkuasa.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut bercadang untuk menaikkan denda kesalahan kepada denda maksimum RM20 juta dan penjara sehingga 20 tahun buat pencemar air.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: