Tempatan

PEH22 Temukan Penggiat Industri Halal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 04 Disember 2022 – Persidangan Eksekutif Halal Kebangsaan 2022 (PEH22) yang berlangsung baru-baru ini berjaya mempertemukan pengamal pensijilan halal dari pelbagai industri apabila ia menjadi satu platform perkongsian idea buat mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa memaklumkan, antara tujuan PEH22 dilaksanakan adalah bagi memberi peluang kepada eksekutif halal dan pengamal industri halal mendapatkan maklumat terbaharu mengenai hala tuju serta polisi Kerajaan berkaitan halal.

“Kita berjaya menarik penyertaan lebih 200 orang eksekutif halal yang sedang berkhidmat dalam pelbagai industri termasuk dari luar negara,” katanya.

Selain itu, peserta PEH22 juga berpeluang mengikuti forum yang melibatkan pakar-pakar bidang berkaitan halal termasuk dari Institut Pertanian Bogor (IPB) University, Jawa Barat, Indonesia.

PEH22 yang dijalankan secara bersama oleh Kolej UNITI Port Dickson dan Pusat Kecemerlangan Halal Kolej UNITI (UHAC) turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Menurut media, program tersebut dihadiri oleh 20 panel yang terdiri daripada pegawai kanan agensi Kerajaan berkaitan termasuk JAKIM, Jabatan Agama Islam Selangor, Halal Development Corporation Berhad, dan syarikat-syarikat terkemuka industri tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: