Tempatan

Peguam Tubuh Platform Perceraian Digital Pertama Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 – Peguam, Datuk Fion Wong dan Datuk Chris Chin telah membangunkan Klik Divorce, sebuah platform perceraian digital pertama di Malaysia untuk memudahkan proses kepada pasangan yang mahu berpisah menurut undang-undang.

Platform Klik Divorce itu telah dilancarkan awal Julai lalu dan dijangka boleh mengubah landskap perceraian di negara ini serta menyokong matlamat Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan dan penyesuaian teknologi melalui pelbagai industri.

“Klik Divorce menawarkan dua perkara positif utama dalam prosiding perceraian iaitu penjimatan masa dan kos. Ramai orang tidak mampu membayar yuran guaman untuk perceraian, terutamanya dengan peningkatan kos sara hidup hari ini,” ujar Wong.

Tambahnya, proses perceraian juga mengambil masa lama iaitu antara enam hingga 12 bulan sebelum perceraian difailkan di mahkamah.

Dikatakan, melalui Klik Divorce, pengguna boleh menetapkan terma perceraian seperti hak penjagaan anak, nafkah dan hak ziarah, nafkah pasangan dan pembahagian harta sepencarian. Surat cerai pula dapat diakses dengan segera untuk dicetak dan ditandatangani.

Jelasnya, jika pasangan yang ingin bercerai saling bersetuju dengan syarat, keseluruhan proses hanya memakan masa kira-kira lima minit.

Dalam pada itu, Wong berkata, penggunaan teknologi undang-undang boleh menjimatkan masa dan mengurangkan kos, justeru itu ia menjadikan yuran guaman mampu dimiliki oleh ramai pihak.

“Ini juga membolehkan peguam untuk mendedikasikan lebih banyak masa dan usaha untuk membangunkan undang-undang.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: