Terkini

Pegawai Siasatan Jenayah Ditahan Dakwaan Merogol Remaja Perempuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAN, 06 Januari 2023 – Tertuduh, seorang Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Yan, Kedah didakwa telah melakukan kesalahan merogol remaja perempuan pada 28 Disember 2022 jam 06:25 petang.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah, pihaknya menerima laporan pada 31 Disember 2022 jam 01:31 pagi dan mangsa merupakan pengadu bagi satu kes polis yang lain. Manakala suspek adalah pegawai penyiasat bagi kes tersebut.

Suspek yang juga pegawai kanan polis telah ditangkap dan ditahan pada hari sama laporan dibuat selama lima hari bagi tujuan siasatan.

Semalam, suspek berjaya dituduh di Mahkmah Sesyen (1) Sungai Petani, Kedah dengan empat pertuduhan secara berasingan iaitu di bawah Sesyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu melakukan rogol.

BACA JUGA: KP Polis Sahkan Pegawai Polis Ditahan Atas Tuduhan Rogol Mangsa Rogol

BACA JUGA: Kes Rogol Di Pulau Pinang Melibatkan Rogol Berkawan – Ketua Polis Pulau Pinang

BACA JUGA: Netizen Kecam Garis Panduan “Kon*kek Tanpa Kena Tangkap” Editor Portal

Jika disabitkan bersalah, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh 10 sehingga 30 tahun dan sebatan, Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (c) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak (Akta 792) iaitu kesalahan amang seksual fizikal yang jika disabitkan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun.

“Dan sebatan setiapnya dan Seksyen 15 (a)(ii) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak (Akta 792) iaitu kesalahan amang seksual bukan fizikal dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta yang sama (Akta 792) yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda sehingga RM20 ribu atau kedua-duanya.”

Bagi kesemua kes dituduh, mahkamah menawarkan suspek jaminan sebanyak RM 25,000.00.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: