Tempatan

YDP Agong Rasmi Menara Merdeka 118, Kedua Tertinggi Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Menara Merdeka 118 di ibu kota Kuala Lumpur semalam.

Turut berangkat, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof dan pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Dalam majlis perasmian itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, Menara Merdeka 118 merupakan bukti kejayaan Malaysia yang berterusan sekali gus mencerminkan bagaimana negara melalui peredaran zaman sehingga maju dalam pelbagai bidang.

Seri Paduka Baginda juga bertitah bahawa menara canggih itu adalah sebuah kejayaan meniti kemerdekaan yang dapat menyatukan negara yang serba rencam dan majmuk.

Lebih mengagumkan, Menara Merdeka 118 merupakan menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai, dengan ketinggian 678.9 meter.

Sebelum ini, Shanghai Tower dinobatkan sebagai menara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 632 meter.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: