Tempatan

PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Scammer Haji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 31 Mei 2024 –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes jemaah haji terkandas di Mekah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Moha­med Yoosuf berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berkaitan isu itu.

“Kita mengambil maklum dan memantau perkara (isu jemaah terkandas) ini. Setakat ini terdapat satu laporan diterima di Negeri Sembilan. Siasatan awal mendapati kes tersebut di bawah tindakan Tabung Haji.”

“Bagaimanapun, sebagai tindakan proaktif, satu pasukan petugas khas ditubuhkan untuk kita ambil tindakan di bawah undang-undang tertentu.”

“Justeru, mana-mana individu yang didakwa ditipu syarikat agensi pelancongan mengenai pakej haji boleh melaporkan kepada pihak polis atau agensi berkaitan,” katanya.

Ramli turut menasihatkan orang ramai yang ingin mengerjakan ibadah haji melalui agensi pelancongan agar merujuk kepada pihak berkaitan.

“Jangan mudah terpedaya dengan tawaran murah atau mengerjakan haji secara persendirian. Sentiasa buat semakan dengan MOTAC dan Tabung Haji,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: