Tempatan

Gerakan Dakwa Harga Sayuran Naik Sehingga 160 Peratus, Tempelak Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 04 Februari 2023 – “Harga sayur-sayuran telah meningkat sebanyak 160 peratus pada bulan lalu, mengapa Kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan?” soal Timbalan Pengerusi Gerakan, Oh Tong Keong.

Kata Oh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) seharusnya menyiasat punca kenaikan harga sayur-sayuran dan mengambil tindakan sepatutnya agar dapat mengekang masalah ini dari berlarutan.

Baca juga : Selepas Pahang, DAP Mahu Halalkan Rumah Setinggan Haram Di Perak?

Baca juga : Aktivis Lapor Kesan Pencerobohan Taman Negeri Selangor, Tagih Respon MB

Baca juga : WASPADA! Sindiket Penyamaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

“KPDN harus menyiasat supaya rakyat berpendapatan rendah tidak terjejas, dan pada masa sama mengambil tindakan terhadap mereka yang menaikkan harga tanpa sebab dan melanggar peraturan 2010 Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan,” katanya.

Dalam pada itu, Oh turut menggesa Kerajaan agar menyelia proses pasaran sayur-sayuran dan pemborongan domestik bagi mengelakkan wujudnya orang tengah yang mengaut keuntungan besar.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa harga sayur-sayuran meningkat sehingga 160 peratus sejak sebulan yang lalu.

Namun Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan menidakkan dakwaan itu dan menjelaskan kenaikan harga sayuran tidaklah seperti yang diwar-warkan.

“Terdapat kenaikan harga bagi 10 jenis sayuran iaitu tomato, timun, kacang buncis, kacang panjang, sawi dan lada benggala merah mencatat kenaikan harga antara 4.03 peratus hingga 71.43 peratus selain terung panjang, bendi, kubis bunga dan lada benggala hijau.”

Selain itu, Oh turut menempelak Kerajaan dalam menguruskan krisis telur.

“Sebenarnya, kerajaan boleh menaikkan harga siling kepada 50 sen, atau memberi subsidi yang lebih tinggi kepada penternak telur bagi menggalakkan penternak telur tempatan meningkatkan pengeluaran.”

“Situasi ini kerana telur yang diimport dari India juga dijual pada harga 50 sen sebiji di pasaran, lebih mahal daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.”

Oh mendakwa, tindakan Kerajaan mengimport telur daripada India yang tidak berkualiti setanding harga itu seolah-olah menghukum penternak telur tempatan secara berniat jahat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: