Tempatan

PDRM Tetap Komited Tahan Jho Low – IGP

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 September 2022 – “PDRM kekal komited dalam memastikan Low Taek Jho ditahan untuk dibawa ke muka pengadilan,” kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau mengulangi pendirian ini selepas wartawan Tom Wright dan Bradley Hope mendakwa Jho Low dan keluarganya dilihat berada di luar negara pada 2018 dan 2019.

Tambahnya, “Sehingga kini, usaha menjejaki Low Taek Jho masih giat dijalankan dan segala maklumat yang diterima mengenai keberadaan suspek tersebut di negara asing telah diteliti kesahihannya oleh PDRM termasuklah dengan menggunakan saluran kerjasama pihak berkuasa di negara-negara berkenaan,” katanya.

“Setiap maklumat yang diterima akan dinilai kesahihannya dan disalurkan kepada Interpol untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada negara anggota terbabit.”

Kata Acryl Sani, pihak polis telah memfailkan sebanyak 13 pertuduhan terhadap Jho Low walaupun tanpa kehadirannya (in absentia) dan telah memperolehi notis merah daripada Interpol terhadapnya pada 2018.

Red notice tersebut adalah jenis kategori yang hanya boleh diakses oleh agensi penguat kuasa negara ahli Interpol memandangkan suspek berkenaan tidak memudaratkan keselamatan awam berdasarkan penilaian pihak Interpol.”

Ujarnya lagi, sebanyak 195 negara anggota Interpol bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat bagi proses permohonan ekstradisi terhadap Jho Low.

Bagaimanapun, setakat ini permohonan ekstradisi itu tidak dapat dibuat memandangkan tiada negara ahli Interpol yang mengesahkan keberadaan Jho Low di negara mereka.

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown baru-baru ini mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang dilindungi oleh kerajaan China.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: