Tempatan

PDRM Terima Laporan Penghantaran Barang Dibungkus Ayat Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 20 Jun 2024 – Polis telah mengesahkan laporan berhubung kejadian terdapat beberapa bungkusan barangan yang dibungkus dengan kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Quran minggu lalu.

Menurut laporan akhbar, siasatan berkaitan kejadian tersebut telah lengkap sekali gus dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, “Polis ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.”

Terdahulu, tular di laman Telegram, gambar bungkusan yang dipercayai dihantar oleh sebuah syarikat percetakan dari Cheras, Kuala Lumpur ke Air Itam, Pulau Pinang yang dibungkus menggunakan kertas ayat suci al-Quran.

Susulan itu, pemandu syarikat kurier melaporkan kepada Balai Polis Bayan Lepas selepas menerima bungkusan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: