PDRM Selangor Tawar Diskaun Saman 50% Sabtu Ini
SHAH ALAM, 23 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor akan menawarkan pengurangan saman sehingga 50 peratus sempena PDRM Selangor Merdeka Ride 2023 pada Sabtu ini.
Tawaran tersebut diadakan di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada Sabtu, 26 Ogos 2023 dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.
BACA JUGA: Pulau Marambong Bakal Diusul Sebagai Pangkalan Maritim Malaysia – ADUN Johor
BACA JUGA: NGO Kesal OIC Gagal Lindungi Masjidil Aqsa
BACA JUGA: Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Banjir
Bagaimanapun, menerusi iklan di laman Facebook, diskaun kompaun tidak ditawarkan bagi 10 kesalahan seperti berikut:
- Kemalangan
- Saman NC (Non Compoundable)
- Saman Berstatus Op Selamat
- Saman Bicara Mahkamah
- Saman Berkaitan Kenderaan Berat M/Lori
- Saman Kesalahan Potong Secara Bahaya/ Potong Q
- Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan
- Saman Tidak Patuh Isyarat Lampu Merah
- Saman Kesalahan Memotong Di Garisan Berkembar
- Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
Mengulas lanjut, karnival tersebut turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai jualan, Petting Zoo, pameran kereta dan motosikal klasik, kayuhan merdeka dan banyak lagi.