NGO

PBB Mesti Cegah Perintah Meroboh Kampung Khan Al Ahmar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Perintah perobohan sebuah perkampungan badwi, Khan Al Ahmar, di Tebing Barat Palestin di mana tiga generasi rakyat Palestin telah tinggal, mesti ditentang.

Khan al-Ahmar, di Tebing Barat yang diduduki, terletak di koridor di mana Israel merancang untuk menggunakannya bagi menghubungkan pelan penempatan haram Israel.

Kami mengecam rancangan pemindahan secara paksa perkampungan Badwi Palestin di Khan al-Ahmar yang menempatkan sekurang-kurangnya 240 orang itu.

PBB mesti berusha mengambil apa sahaja tindakan ke atas tentera penjajah israel (IOF) untuk menghentikan jenayah itu.

Perintah perobohan oleh rejim Israel di bawah Benjamin Netanyahu itu adalah untuk membenarkan penempatan haram orang Yahudi.

Kami mengecam peningkatan penempatan haram dengan memusnahkan dan mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka.

Merobohkan dan memaksa pemindahan kampung itu adalah biadab dan jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Kami mengambil perhatian bahawa sejak pendudukannya di Tebing Barat bermula pada 1967, Israel telah mengusir dan memindahkan seluruh masyarakat secara paksa dan merobohkan lebih 50,000 rumah dan struktur Palestin, menurut Amnesty International.

Kami menyeru masyarakat antarabangsa supaya tidak berdiam diri. Pembersihan etnik rakyat Palestin untuk perubahan demografi di Tebing Barat tidak boleh dibiarkan berterusan.

PBB mesti mendapatkan apa sahaja cara di bawah undang-undang untuk menghentikan projek penempatan haram rejim israel yang berterusan.

Kami menyokong ketabahan penduduk kampung untuk menentang perobohan dan menjadi tanggungjawab masyarakat antarabangsa untuk melindungi mereka seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang antarabangsa.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: