Antarabangsa

Pawang Hujan Disambut Petir Ketika Lakukan Ritual Henti Hujan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANDALIKA, 21 Mac 2022 – Kehadiran seorang pawang hujan di Litar Mandalika sewaktu berlangsungnya Grand Prix Indonesia semalam mencuri perhatian ramai apabila rakaman video pawang itu sedang melakukan ritual tular di media sosial.

Pawang yang dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari itu terkumat-kamit membaca ritual tertentu sambil memegang sebuah mangkuk yang bertujuan untuk menghentikan hujan yang lebat.

BACA: Puteri Zaleha Jampi Tolak Banjir, “Janganlah Kau Cemarkan Tempat Sejarah Ini Ya Allah!”

BACA: Kerajaan Jangan Paksa Pelajar Muslim Sertai Ritual Sembah Matahari — NGO Islam

BACA: Sejuta Penganut Hindu Berasak Mandi Di Ganges, Penguatkuasa Bimbang Covid Merebak

Perlumbaan MotoGP itu terpaksa ditangguhkan berikutan hujan yang turun dengan lebat membasahi keseluruhan litar.

“Kehadiran saya di sini adalah untuk menurunkan suhu agar lembab dan sejuk dengan sedikit hujan di sekitar Litar Mandalika,” ujar Rara.

Namun begitu, keupayaan pawang hujan yang dipertanggungjawabkan untuk menghalang hujan semasa perlumbaan berlangsung itu dipersoal kebanyakan pengguna media sosial berikutan pawang itu diberi bayaran lumayan.

Bukan itu sahaja, gelagat pawang hujan itu juga menarik perhatian juara dunia yang juga pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararao apabila dia dilihat cuba meniru aksi Rara.

Pada 2018, Rara pernah menjadi pawang hujan ketika acara pembukaan temasya Sukan Asia di Jakarta.

Walau bagaimanapun, menurut laporan di Tribunnews, tindakan wanita yang berasal dari Yogjakarta itu disifatkan seperti gagal apabila hujan masih turun dengan lebat disertai petir menyambar.

Menurut Rara, dirinya merasa terlambat untuk melakukan ritual itu berikutan dia tidak mendapat kebenaran untuk masuk ke litar itu sekaligus menjadi punca kepada hujan lebat yang turun itu.

Leave a Reply

Back to top button