Antarabangsa

Menang Kerusi UNHRC, Barat Label Vietnam Pencabul Hak Asasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 14 Oktober 2022 – Sebuah laporan antarabangsa menzahirkan nada tidak berpuas hati susulan pelantikan Vietnam sebagai ahli jawatankuasa United Nations Human Rights Council (UNHRC).

Menurut laporan tersebut, Vietnam yang telah menerima 145 dari 185 undi, didakwa telah melakukan pelbagai pelanggaran ke atas prinsip hak asasi manusia.

Vietnam semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dikatakan telah menggunakan alasan “salah guna kebebasan demokratik yang mengganggu keselamatan negara,” bagi melakukan serbuan ke atas wartawan, aktivis, dan pengguna media sosial.

Kerajaan Vietnam turut dikritik kerana lebih mementingkan kepentingan negara berbanding menjaga prinsip hak asasi yang ditetapkan oleh pertubuhan antarabangsa.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia telah mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyeru kerajaan Vietnam untuk melepaskan semula individu yang dikatakan telah ditahan kerana berjuang untuk hak asasi.

“Vietnam perlu secepatnya ambil langkah yang jitu untuk memperbaik prestasi hak asasinya, termasuk dengan melepaskan, tanpa halangan, pelindung hak asasi manusia, termasuk wartawan, memastikan hak kebebasan berekspresi dan berpersatuan dipelihara,” tegas mereka.

Jawatankuasa UNHRC dengan 14 ahli itu turut dianggotai oleh Malaysia yang bertindak sebagai ahli jawatankuasa bagi tempoh tahun 2022 hingga 2024.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: