Antarabangsa

Patung Purba Muncul Selepas Sungai Surut

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

YANGTZE, CHINA, 23 Ogos 2022 – Tiga patung Buddha didakwa berusia 600 tahun telah muncul dari kedalaman Sungai Yangtze di China susulan daripada penurunan paras air mendadak sungai tersebut.

Paras air sungai tersebut mengalami penurunan susulan daripada gelombang haba yang mengakibatkan berlakunya kemarau.

Patung-patung yang tenggelam di sebuah pulau di bandar barat daya Chongqing itu kini telah menjadi tarikan pelancong. Ia dipercayai dibina sewaktu Dinasti Ming dan Qing, lapor portal antarabangsa.

Menurut seorang penyelidik bersekutu di Institut Peninggalan Budaya dan Arkeologi Chongqing, Niu Yingbin, patung itu berkemungkinan digunakan untuk memberkati bot supaya mereka berlepas dengan selamat.

Sejak Julai lalu, hujan di lembangan Yangtze mengalami kadar 45 peratus lebih rendah daripada biasa di mana wilayah tengah serta selatan China juga sedang dilanda gelombang haba.

Sungai Yangtze yang merupakan sungai ketiga terpanjang di dunia dan merupakan salah satu saluran perdagangan terbesar di China mengalami paras air yang rendah dan boleh mengakibatkan kapal kargo yang besar tidak dapat beroperasi.

Kemarau itu telah menyebabkan laluan air yang utama berkurang selain peninggalan seperti kampung lama yang telah tenggelam serta kapal perang era Perang Dunia Kedua turut muncul.

Di tengah China iaitu Hubei, pihak berkuasa sedang mencari benih awan bagi menghasilkan hujan selepas 4.2 juta orang terjejas disebabkan kemarau. Manakala di wilayah Sichuan yang kebanyakannya bergantung kepada kuasa hidro turut mengarahkan kilang-kilang di 19 buah bandar dan wilayah untuk menghentikan operasi bagi menjimatkan tenaga elektrik buat orang ramai.

Ketika ini, China bukanlah satu-satunya negara yang mengalami gelombang haba kerana kebanyakan negara di bahagian Eropah turut dilanda gelombang haba.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: