Tempatan

PATI Yang Ditahan Tiada Niat Untuk Pulang – KP Imigresen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 07 Februari 2023 – “Berdasarkan pemeriksaan, didapati mereka yang ditahan tidak berniat untuk pulang sebaliknya ingin terus berada di sini dalam tempoh yang panjang walaupun tanpa dokumen yang sah,” tegas Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Bin Daud dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab laporan portal berita Malaysiakini berkenaan ‘Suruhanjaya Indonesia (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia/Komnas HAM) kecam serbuan pekerja asing di Nilai Spring’ bertarikh 4 Februari 2023.

Kata Dato’ Sri Khairul Dzaimee, pendatang warga asing tanpa izin yang berada di penempatan haram di Nilai Spring itu sememangnya tiada niat mahu pulang ke negara asal berdasarkan dapatan-dapatan berikut:

i. Penempatan tersebut merupakan sebuah perkampungan yang telah lama wujud di dalam hutan dan berada di kawasan yang tidak rata dan berpaya;

ii. Akses ke kawasan tersebut dengan berjalan kaki sejauh 1.2km;

iii. Dikelilingi besi serpihan jerat serta anjing liar, dan

iv. mempunyai pelbagai kemudahan seperti beberapa unit genset dan sekolah yang menggunakan silibus pendidikan negara jiran.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye-Syria: 20 Banduan Berjaya Lolos

BACA JUGA: Khitan Cara Islam Selamat, Tidak Jejas Hal Hawa – Mufti Pulau Pinang

BACAA JUGA: Perkampungan Haram PATI Di Nilai, MB Terkejut

Pada 1 Februari 2023 lalu, satu operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan di suatu kawasan yang telah dikenal pasti sebagai sebuah penempatan haram warga asing di Nilai Spring, Negeri Sembilan

Operasi penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di kawasan itu dilaksanakan setelah mendapat aduan daripada orang awam yang bimbang akan keselamatan penduduk setempat serta hasil risikan yang telah dilaksanakan oleh pihak JIM selama sebulan.

Ketika operasi dijalankan, pihak JIM menjumpai beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang.

Terdapat cubaan daripada beberapa PATI untuk meloloskan diri daripada ditahan malah ada yang cuba bertindak agresif bagi mengelak daripada ditangkap, namun dapat dipatahkan oleh pasukan operasi JIM.

Dalam operasi yang dilaksanakan, seramai 68 orang warganegara Indonesia telah diperiksa dan seramai 67 orang berumur di antara 2 bulan hingga 72 tahun yang terdiri daripada 11 lelaki, 20 wanita 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan telah ditahan.

Kesalahan yang telah dikenal pasti ialah ketiadaan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: