PATI, Imigran, Pelajar Asing Lubuk Pegawai Korup – SPRM
KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), imigran serta pelajar asing menjadi lubuk kepada pegawai korup untuk mendapatkan rasuah dengan mudah.
Kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, beberapa operasi SPRM termasuklah Op Tropicana, Op Bolos KLIA 1 dan Op Lancar menjadi contoh utama kepada penglibatan penguatkuasa undang-undang dalam amalan rasuah.
BACA JUGA: Penganggur Pilih Kerja: Menteri Dibidas Tiada Keazaman Politik Naikkan Gaji
BACA JUGA: Didakwa Menyalahi Undang-Undang, 137 Orang Asli Mohon Batal Status Islam
BACA JUGA: GEMPAR! Kubah Masjid Makassar Runtuh, 12 Cedera
“Ia membuktikan isu ini serius dan memerlukan tindakan tegas oleh penguatkuasa yang bertanggungjawab,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi SPRM, semalam.
Jelas beliau, insiden seperti itu menunjukkan bahawa tahap rasuah dalam barisan hadapan keselamatan negara berada pada tahap “kronik dan membimbangkan” di mana slogan ‘Malaysia Boleh’ juga digunakan dengan sinis.
Bahkan, tidak menghairankan apabila Malaysia menjadi tumpuan untuk pekerja asing mencari kerja, pusat transit dadah di rantau Asia Tenggara, pusat penipuan dan makmal dadah, hab Macau Scam malah pengendali perjudian dalam talian juga, katanya lagi.
Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata alasan bahawa ia adalah “isolated incident” sudah tidak boleh digunakan untuk menafikan realiti tentang betapa rakusnya anggota penguatkuasa dalam isu ini.
Susulan itu, beliau menegaskan bahawa isu kebanjiran pendatang di negara tidak boleh dilihat sebagai perkara remeh.
Jika tidak, ia akan memberi kesan buruk yang akan melibatkan masalah sosial, jenayah, kesihatan serta keselamatan negara.