Tempatan

Bot Peronda Singapura Ceroboh Perairan Negara, Halau Nelayan Tempatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 25 Oktober 2022 – Tular di media sosial menunjukkan sekumpulan 10 nelayan tempatan dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba, berhampiran Jambatan Link Kedua, Iskandar Puteri, Ahad, baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, “”Apa yang dikesalkan adalah kawasan nelayan itu ingin melabuhkan pukat masih dalam perairan negara di Selat Johor, sebaliknya bot peronda republik itu sebenarnya menceroboh masuk ke sempadan negara,” ujarnya seperti dilaporkan portal berita tempatan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila kumpulan nelayan itu dihalau menggunakan pembesar suara dari bot pihak berkuasa negara jiran itu, walaupun masing-masing berada dalam perairan negara.

“Kumpulan nelayan juga mempunyai bukti video yang mereka masih berada di kawasan sempadan negara, selain turut merekodkan provokasi pihak berkuasa Singapura terhadap mereka,” tambah Datuk Pandak.

Susulan kejadian, satu laporan polis dibuat wakil nelayan tempatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu, dua video nelayan berdurasi dua minit dan 43 saat tular di media sosial menyebabkan rakyat negeri ini marah dan mahukan pihak berkuasa negara mengambil tindakan tegas atas pencabulan kedaulatan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: