Antarabangsa

Pekerja Hotel Sepanyol Ditangkap, Hina Ramadan & Pasukan Bolasepak Maghribi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADRID, 30 MAC 2023 – Seorang pekerja di sebuah hotel di Madrid yang menjadi tuan rumah kepada pasukan Maghribi telah ditahan atas dakwaan jenayah kebencian selepas menyiarkan komen menghina Islam dan kata-kata bersifat perkauman terhadap pemain bola sepak Maghribi di media sosial.

Polis tempatan memberitahu sebuah akhbar, pekerja itu yang merupakan seorang pelayan di Menara Hotel Eurostars di ibu negara Sepanyol, meminta pemain tersebut bergambar bersamanya.

BACA JUGA: Didakwa Mengelirukan Dewan, Wan Fayhsal Mahu PM Dirujuk Jawatankuasa Khas

BACA JUGA: Setelah 18 Tahun Larangan, Kini Berlin Benar Guru Muslim Berhijab

BACA JUGA: Didakwa Hina Kaabah, Kaitkan Dengan Bekas PM, Pemuda PAS Lapor Polis

Pekerja berkenaan kemudiannya memuat naik ke Instagram dengan penghinaan xenofobia.

Siaran itu, dengan pantas mendapat 70,000 tontonan di media sosial di mana ia turut menandai akaun pasukan Maghribi.

Hotusa, kumpulan syarikat yang memiliki hotel itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelayan tersebut adalah pekerja luar yang diupah sekali-sekala dan bukanlah sebahagian daripada kakitangan tetap hotel.

Namun, perkara yang bersifat perkauman dan xenofobia itu sama sekali tidak boleh diterima dan tercela.

Jurulatih Maghribi, Walid Regrogui berkata pada sidang akhbar, kami tidak menerima perkauman, tetapi kami mahu menunjukkan bahawa Islam adalah agama toleransi dan kami memaafkan pekerja ini mengikut kehendak agama Islam dan adat orang Maghribi.

Pekerja itu membuat kesilapan dan kami menjemputnya melawat Maghribi untuk melihat suasana antara umat Islam semasa Ramadan, tambahnya lagi pada sidang tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: