Tempatan

TANGGUNGJAWAB PEGUAM MUSLIM MALAYSIA UNTUK TAMPILKAN PERJUANGAN HAK PALESTIN DI PERSADA ANTARABANGSA !! – HANIFF KHATRI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Siri : 2612

TANGGUNGJAWAB PEGUAM MUSLIM MALAYSIA UNTUK TAMPILKAN PERJUANGAN HAK PALESTIN DI PERSADA ANTARABANGSA !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :

1.Tahniah kepada keseluruhan pimpinan PPMM di atas kenyataan tegas, seperti yang dilaporkan SAMUDERA.MY bertarikh 14.05.2021 bertajuk “KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)’, yang dimuat naik di Ruang Bawah di sini.

2. Sekarang sudah tiba masanya untuk kita berganding bahu dan bergerak secara sistematik untuk sediakan “Kertas Kerja Palestin untuk Tindakan Antarabangsa” yang lengkap dan padu untuk ditampilkan ke masyarakat antarabangsa dalam tempoh serta-merta bagi membela hak Palestin di persada undang-undang antarabangsa sebagai sumbangan Peguam Muslim Malaysia melalui PPMM, kepada Palestin dalam “Jihad” murni ini.

3. Saya sarankan kesemua Peguam Muslim untuk sama-sama melibatkan diri dalam apa yang akan diusahakan kelak, yang tidak melibatkan mana-mana isu kefahaman, falsafah mahupun politik, melainkan perjuangkan “HAK PALESTIN YANG TERTINDAS”.

4 Saya telah memberi pendapat tidak seberapa kepada kesemua pucuk pimpinan PPMM, dan menanti penetapan perjumpaan yang perlu dalam awal minggu depan, untuk permulaan penyediaan “Kertas Kerja Palestin untuk Tindakan Antarabangsa” kelak.

IN SHAA ALLAH.

#SavePalestine

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri
14.05.2021 @ 1530

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: