Pasaran Saham Akan Terjunam Teruk – Robert Kiyosaki
AMERIKA SYARIKAT, 24 Julai 2023 – Ahli ekonomi yang juga seorang penulis terkenal, Robert Kiyosaki telah memberi amaran terhadap para pelabur berkenaan kejatuhan pasaran saham menerusi akaun Twitter beliau baru-baru ini.
Menurut Kiyosaki, terdapat “terlalu banyak petanda” yang menunjukkan tentang kemungkinan pasaran saham akan terjunam teruk tidak lama lagi. Ujarnya,
“Terlalu banyak petanda yang menunjukkan tentang kejatuhan pasaran saham yang dahsyat…Jika masa depan anda bergantung kepada stok dan bon maka anda perlu berhati-hati. Mungkin anda boleh meminta nasihat profesional”.
BACA JUGA: Selaras Modul Pendidikan Tahfiz, Madrasah Melalui SPM Atau STAM
BACA JUGA: AWAS Tanah Mendap: Jalan Keluar Dari Forest City Ditutup Sepenuhnya
BACA JUGA: Jenazah Salahuddin Ayub Dikebumi Tengahari Ini
Dalam ciapan yang sama, beliau turut menzahirkan kebimbangannya tentang kemungkinan terjadinya “depresi ekonomi”, atau “economic depression” dengan berkata,
“Bimbang depresi (ekonomi) yang akan datang”.
Kiyosaki yang sebelum ini telah meramal kejatuhan Lehman Brothers pada tahun 2008 turut menyatakan bahawa beliau sendiri tidak melibatkan diri dalam pasaran stok dan bon.
Menerusi ciapan pada minggu lalu, Kiyosaki turut menyatakan bahawa peningkatan perkembangan dalam pasaran saham baru-baru ini bukanlah sebuah petanda baik kerana ianya adalah hasil daripada penggantungan siling hutang yang diluluskan oleh kerajaan dalam mengelakkan daripada keadaan “default”. Ujarnya lagi,
“Mengapa pasaran saham sedang meningkat? Kerana ‘siling hutang’ telah dikeluarkan. Ini bermakna hutang negara meningkat bersama dengan pasaran saham. Yang kaya semakin kaya manakala Amerika semakin miskin”.