Tempatan

‘Pasaran Gelap’ Tawar Pembantu Rumah Lebih Murah dan Cepat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Julai 2022 – Laporan The Star mendedahkan bahawa kegiatan mengambil pembantu rumah melalui agen tidak sah kian giat dalam kalangan rakyat Malaysia susulan beberapa faktor.

Antara faktor utama bagi mereka yang mengambil pembantu rumah melalui ‘jalan belakang’ ini adalah kerana kos yang lebih murah jika dibandingkan dengan pembantu rumah yang berdaftar.

“Harganya pun lebih murah, pada RM 8,000 lengkap dengan permit kerja, berbanding agensi berdaftar yang mengenakan RM 15,000,” ujar seorang penjawat awam kepada The Star.

Rata-rata mereka yang mengambil pembantu rumah melalui agen tidak sah menyatakan bahawa kebiasaannya perkhidmatan pembantu rumah ini boleh ditemui melalui laman media sosial dan agen ‘freelance’.

Seorang responden yang ditemuramah The Star menyatakan bahawa orang gaji beliau telah memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong sebelum mendaftar ke Sistem MAID Online , sebuah portal rasmi Kerajaan bagi pendaftaran pembantu rumah.

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka lebih senang untuk memilih pembantu rumah secara terus kerana takut ditipu oleh agen.

“Saya tidak sihat jadi saya perlukan seseorang untuk jaga dua anak saya. Kalau orang gaji itu rajin dan tidak ke mana-mana buat sementara waktu, saya akan pertimbangkan untuk mohon permit kerja untuk dia,” ujar wanita terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: