Pasaran Bon Malaysia Tarik Banyak Dana Luar
KUALA LUMPUR, 13 April 2023 – Pasaran bon Malaysia menjadi tarikan dan destinasi utama bagi pelabur bon Asia yang ingin meraih keuntungan.
Lapor media tempatan, menurut data Bank Negara Malaysia (BNM), ketika pelabur antarabangsa mencari perlindungan daripada krisis sektor perbankan global yang berlarutan, pelabur Asia telah menyalurkan wang sebanyak RM4.3 bilion ke dalam hutang negara bulan lalu.
Magnitud peningkatan dalam aliran tersebut juga lebih besar berbanding purata lima tahun daripada ekonomi utama di rantau ini.
BACA JUGA: Masjid Jemput Bukan Islam Bagi ‘Ceramah’
BACA JUGA: Anggota Tentera Hilang Di Hutan Simpan Belum, Ditemui Maut
BACA JUGA: Hina Raja, ‘Raja Hairun’ Dicekup
Dalam pada itu, Winson Phoon, Ketua Penyelidikan Pendapatan Tetap di Maybank Securities Pte Singapura berkata, kemungkinan wujud lagi aliran masuk bon asing dalam masa terdekat kerana dana luar berduyun masuk Malaysia sebagai tempat berlindung dan mengejar pulangan menarik.
Bagaimanapun, ujarnya, sentimen aliran masuk asing kekal terdedah kepada perubahan naratif kadar Amerika Syarikat (AS).
Selain itu, hutang Malaysia dipercayai masih menarik pelabur walaupun memperoleh hasil rendah. Kenaikan hasil akan ditawarkan jika peniaga menjual ringgit berbanding dolar untuk melindungi nilai melalui kontrak hadapan, selagi mata wang Malaysia tidak kukuh.
Mengulas lanjut, bagi pelabur yang ingin melindungi nilai ringgit menggunakan mata wang hadapan tiga bulan, bon Kerajaan tiga tahun menawarkan hasil hampir 6% berbanding sekitar 3.3% tanpa sebarang perlindungan nilai.