Tempatan

Mahkamah Tinggi Tolak Kes Unilateral Conversion, Perlu Ke Mahkamah Syariah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan menolak permohonan seorang wanita yang ingin mencabar penukaran agamanya kepada Islam oleh bapanya ketika dia masih kanak-kanak.

Yang Arif Datuk Noorin Badaruddin sebaliknya menyatakan bahawa kes sedemikian lebih wajar didengari di Mahkamah Syariah kerana hal tersebut bersangkutan dengan hal-ehwal Islam.

“Ianya sangat tidak wajar untuk mahkamah ini selaku Mahkamah Sivil untuk menentukan keabsahan penukaran agama sesiapa, sama ada seseorang itu adalah Muslim atau tidak adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, berpandukan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya seperti yang dilaporkan The Sun.

Wanita tersebut turut menamakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai responden ketiga, di mana dia memohon supaya namanya dibuang dari senarai Daftar Mualaf.

Namun, dalam menjawab permohonan tersebut, Yang Arif Datuk Noorin Badaruddin memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat memperkenankan permohonan berkenaan kerana wanita tersebut tidak pernah memohon hal tersebut sebelum membawa isu tersebut ke mahkamah.

Yang Arif Datuk Noorin Badaruddin juga menegaskan bahawa wanita tersebut perlu melalui prosedur yang ditetapkan.

“Sebagaimana pemohon mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama mengikut pilihan beliau, beliau juga tidak dihalang dari mendapatkan penyelesaian undang-undang yang ada untuk menuntut melepaskan dirinya dari Islam.”

Saluran yang betul adalah melalui Mahkamah Syariah di mana di bawah Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen, Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mengesahkan bahawa seseorang itu bukan lagi Muslim,” ujarnya lagi.

Wanita tersebut diwakili oleh peguam, Dr. Shamsher Singh Thind manakala responden Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diwakili oleh Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan MAIS diwakili oleh Kamaruzaman Arif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: