Tempatan

Gaji Penjawat Awam: CUEPACS Tidak Teragak Piket Di Putrajaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 Julai 2022 – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak pihak Kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum pilihan raya umum (PRU) atau mereka akan mengadakan protes jalanan di Putrajaya.

Presiden CUEPACS Adnan Mat menegaskan bahawa sudah banyak kali pihaknya memberi cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) gaji kakitangan awam Gred 19 dinaikkan kepada Gred 29, namun tidak ada sebarang tindakan susulan yang diambil.

“Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam,” kata beliau.

Menurut Adnan Mat, struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak tahun 2002 iaitu 20 tahun dahulu dan adalah wajar untuk dikaji semula supaya ia relevan dengan zaman terkini.

Selain bagi menuntut kenaikan gaji, menurutnya lagi, perhimpunan itu juga adalah bagi menuntut agar kos harga barang dikurangkan sebelum PRU-15 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: