PAS Perjelas Pendirian Bantah Rumah Ibadat Haram
SELANGOR, 27 Mac 2023 – Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir telah membuat kenyataan menegaskan bahawa pihak PAS Selangor kesal dengan sebuah laporan yang diterbitkan oleh portal Malaysiakini yang bertajuk “Quit politicising religion – politicians told”.
Menurut Roslan, PAS Selangor menganggap bahawa laporan tersebut cuma mempolitikkan kenyataan seorang wakil rakyat yang mahu melihat keharmonian kaum di Negeri Selangor dikekalkan dan juga mahu mengelakkan ketegangan sesama rakyat.
BACA JUGA: Individu Bukan Mahram Dilarang Buka Puasa Bersama – Forkopimda
BACA JUGA: Bakal Haji Negara Digesa Segera Jawab Surat Tawaran Haji
BACA JUGA: Bekalan Telur Dilapor Mula Berkurang
Roslan berkata bahawa pendirian yang telah dibawa oleh Dr Ahmad Yunus bukanlah seperti dakwaan yang terdapat pada artikel berkenaan yang mengatakan bahawa Dr Ahmad Yunus menggesa agar pihak Kerajaan tidak membina rumah ibadat bukan Islam berhampiran masjid.
Namun Dr Ahmad Yunus sebenarnya “merujuk kepada cadangan pembinaan baru, yang melibatkan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pihak perancang bandar di PBT, Jabatan Perancangan Negeri dan di Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dengan gesaan agar sensitiviti masyarakat setempat sentiasa diambil kira.”
Roslan turut menyebut berkaitan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang mana ianya telah menetapkan yang sebarang tapak bagi rumah ibadat perlu diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara serta memperolehi Kebenaran Merancang dari PBT yang berkaitan.
Kenyataan yang sama turut menyebutkan bahawa isu ini adalah berkaitan dengan rumah ibadat bukan Islam yang baru dan tidak mendapat kelulusan, yang mana ianya pula dibina di kawasan perkampungan Melayu Islam dan telahpun mendapat bantahan masyarakat setempat.