Tempatan

‘Akta Negara Bangsa’ Tangani Isu 3R Di Malaysia – Azalina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 18 Julai 2023 – Kerajaan sedang dalam kajian untuk mewujudkan akta baharu yang mungkin dinamakan Akta Negara Bangsa dalam usaha untuk menangani isu 3R (Raja, kaum dan agama), lapor berita tempatan.

Dalam satu kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, agensi penguatkuasaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional pada Jumaat ini bagi meneliti serta memperhalusi cadangan mewujudkan akta baharu yang membabitkan isu 3R ini.

BACA JUGA: Mossy Forest Ditutup Sementara Waktu

BACA JUGA: Didakwa Akta Hasutan, Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

BACA JUGA: Kuliah UAI Dibatalkan: JAWI Beri Penjelasan

Dalam masa yang sama, katanya pasukan khas akan ditubuhkan bagi meneliti cadangan dalam mewujudkan akta baharu itu di mana ketika ini kesalahan melibatkan isu 3R disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 yang lebih menjurus kepada elemen kesalahan jenayah.

“Jadi menerusi pasukan khas itu, kita akan membincangkan kepada Kabinet dari segi pandangan sama ada undang-undang sudah mencukupi atau perlu akta baharu yang perlu dikaji,” katanya.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan Azalina mencadangkan agar akta baharu diwujudkan seperti mengenakan denda kepada pesalah yang memainkan isu 3R.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: