Tempatan

Kita Perlukan Agensi Kerajaan Yang Tegas Dalam Melindungi Hidupan Liar – Tengku Hassanal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 29 Julai 2022 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah telah menegaskan dalam titah baginda tentang pentingnya ada agensi Kerajaan yang tegas dalam melindungi hidupan liar dan habitat mereka.

“Kita memerlukan agensi Kerajaan yang bersikap tegas dalam melindungi hidupan liar dan habitatnya,” titah baginda.

Baginda turut menggesa supaya pihak Kerajaan Negeri untuk menjalankan amanah dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memelihara hutan simpan di mana usaha tersebut dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada hidupan liar, bahkan manusia juga bakal menerima manfaat darinya.

“Peruntukan undang-undang untuk melindungi hutan simpan juga penting untuk manusia,” tegas baginda.

“Justeru, saya menggesa Kerajaan Negeri saya untuk menjalankan amanah dalam menegakkan undang-undang ini bagi manfaat semua,” ulas baginda lanjut.

Menerangkan dengan lebih lanjut, baginda turut menekankan kepentingan usahasama dalam memelihara kesinambungan hidupan liar seperti Harimau Malaya terus terpelihara.

“Sekiranya kita dapat bekerjasama untuk memastikan kesinambungan populasi Harimau Malaya ini, populasi harimau bukan sahaja akan bertambah, malah kita sebenarnya juga berjaya melindungi hutan yang banyak menyimpan khazanah biodiversiti dan fungsi ekosistem yang penting, lebih-lebih lagi di Negeri Pahang,” titah baginda lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: