PRU-15

Parti Sabah, Sarawak Patut Jadi ‘Satu Blok’ – Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 11 November 2022 – Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berpandangan Sabah dan Sarawak mampu menjadi sebuah blok yang kuat dan akan membolehkan kedua-dua wilayah diberi keutamaan dalam pelbagai aspek.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, gabungan suara dua negeri itu tidak boleh dipandang ringan oleh Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Katanya, terdapat keperluan Sabah dan Sarawak bergabung suara bagi menuntut hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ia harus dijadikan syarat utama yang perlu kepada mana-mana parti nasional yang ingin membentuk kerjasama bersama parti di Sabah dan Sarawak.

“Siapa juga ingin menjadi kerajaan di sana, mereka mesti memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak.”

“Kita perlu satu suara dengan Sarawak untuk mendapatkan hak-hak kita seperti dalam MA63,” katanya selepas majlis makan malam bersama komuniti Cina pada Selasa lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: