Antarabangsa

Krisis Ekonomi: Jemaah Haji Tidak Dapat Ke Tanah Suci Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

COLOMBO, 02 Jun 2022 – Umat Islam Sri Lanka tidak akan menyertai ibadah Haji pada tahun ini menurut pengumuman badan yang bertanggungjawab baru-baru ini memandangkan negara itu sedang menghadapi krisis ekonomi paling teruk selama ini.

Umat Islam di sana adalah terdiri daripada 10 peratus populasi Sri Lanka, manakala 90% daripada 22 juta rakyat di sana adalah terdiri daripada kalangan Buddha.

Sepatutnya pada tahun ini seramai 1585 rakyat Sri Lanka mengerjakan Haji selepas Saudi mengumumkan bahawa negara itu mengalu-alukan sejuta orang umat Islam seluruh dunia untuk menyertai ibadah Haji pada tahun ini.

Namun, kos untuk mengerjakan Haji adalah jauh daripada kemampuan Sri Lanka ekoran krisis ekonomi ini.

“Apabila menghadapi suasana yang genting dan derita yang ditanggung oleh rakyat Sri Lanka ini, ahli kedua-dua persatuan ini membuat keputusan untuk mengorbankan Haji tahun ini,” sebut kandungan surat Persatuan Semua Pengusaha Lawatan Haji Ceylon dan Persatuan Pengusaha Lawatan Haji Sri Lanka kepada Jabatan Urusan Agama dan Budaya Orang Islam negara itu.

Persatuan Pengusaha Lawatan Haji berkata semua pengusaha sepakat memandangkan “negara sedang menghadapi krisis dolar yang teruk.”

“Keseluruhan kos operasi mengendalikan jemaah Haji Sri Lanka berjumlah sekitar $10 juta, jumlah yang begitu besar memandangkan keadaan ekonomi negara ini sekarang,” kata Ahkam Uwais, pengerusi Suruhanjaya Haji Kebangsaan di bawah Jabatan Urusan Agama dan Budaya Orang Islam Sri Lanka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: