TempatanTerkini

Parlimen: Tiada keperluan bangkit kebimbangan terhadap hak Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Tiada keperluan membangkitkan kebimbangan terhadap perkara mengenai hak kebebasan beragama, penguasaan tanah dan penghormatan adat istiadat anak rakyat Sabah dan Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata ini kerana hak itu akan terus dilindungi dalam status terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri Sabah dan Sarawak serta dasar berkaitan, sedia ada. 

“Jika terdapat penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan kebebasan atau mengakibatkan tindakan zalim oleh mana-mana pihak ke atas hak-hak asas ini, perkara-perkara itu boleh dibawa ke meja perundangan dan pengadilan atau dibangkitkan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri untuk tindakan seterusnya,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Leave a Reply

Back to top button